Thursday, November 26, 2015
Golongan Yang mendapat Doa Para Malaikat
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Anbiya ayat 26-28 yang bermaksud, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya. Allah mengetahui segala di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.
Antara golongan yang mendapat doa malaikat ialah :
1. Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Suci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci". (Hadis sahih Shaikh Al Albani)
2. Orang Yang menunggu Solat
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk meunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." (Sahih Muslim)
3. Orang Yang Berada di Saf Hadapan Ketika solat
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin Azib r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan." (Hadis sahih Shaikh Al Albani)
4. Ketika Seseorang Imam Selesai Membaca Al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn' maka ucapkanlah oleh kalian aamiin', kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu." (Sahih Bukhari)
5. Orang Yang Duduk di Tempat Solatnya Selesai Melakukan Solat.
Imam Ahmad meriwayatkan daipada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Para Malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat berkata, "Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia." (Sahih Syaikh Ahmad Syakira)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment