1.Menyempurnakan Kekurangan Solat Fardu
Kekurangan atau kecacatan pada solat fardu meliputi banyak perkara seperti kurang khusyuk, terlambat, kurang sempurna bacaan, bahkan terlupa dari mengerjakan solat dan lain-lain. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya perkara yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) dari amal-amal manusia pada hari kiamat ialah solat. Tuhan kami Azza wa jalla berkata kepada malaikatnya, “Lihatlah solat hambaKu itu, adakah dia menyempurnakannya atau mengurangkannya?” Jika solat si hamba itu sempura, maka dituliskan sempurna. Jika seseorang itu ada mengurangkan sesuatu daripada solatnya, Allah berfirman (kepada malaikat): “Lihatlah, adakah hambaKu itu mengerjakan solat sunat?” Jika si hamba didapati ada melakukan solat sunat, Allah berfirman (kepada Malaikat): “Sempurnakanlah solat fardu hambaKu itu dengan solat sunatnya.” Setelah itu, maka dipertimbangkan amal-amal si hamba berdasarkan kesempurnaan solatnya.”
(HR.Abu Daud)
Solat sunat yang berfungsi sebagai penyempurna solat fardu terutama solat-solat sunat Rawatib yang mengiringi solat yang lima waktu itu, sama ada yang dilakukan sebelum atau sesudahnya. Sama ada yang Muakkad (sangat dituntut) atau yang bukan muakkad. Imam Ghazali berkata: “Meninggalkan yang lebih muakkad itu adalah lebih jauh dari kebaikan. Apatahlagi solat fardu itu disempurnakan dengan yang sunat. Barang siapa yang tidak memperbanyakkan sunat, mungkin fardunya tidak selamat tanpa ada yang menampaknya dari kekurangan.”
Jika seseorang hamba itu langsung tidak mengerjakan solat sunat, selain yag fardu kerana malasnya, suatu masa nanti mungkin mengerjakan yang fardu juga akan malas atau bekurangan.
2. Sebagai Tangga Mendekatkan Diri Kepada Allah
Selain sebagai penyempurnaan solat wajib, solat sunat juga dapat mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah akan mengerjakan solat sunat setelah menunaikan perkara yang wajib kerana rasa cintanya kepada Allah. Solat merupakan ibadah badaniyah (zahir) yang paling utama, jika ditambah dengan yang sunat maka bertambahlah dekatlah hamba kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda :
“Allah tidak mengizinkan bagi seseorang hamba berbuat sesuatu yang lebih utama daripada solat (sunat) dua rakaat. Sesungguhnya rahmat Allah itu ditaburkan ke atas kepala hamba yang sedang solat. Tidak ada seseorang yag mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal yang lebih utama daripada amal yang diperintahkan oleh Allah (solat).”
Rasullah SAW sudah bebas dari dosa dari dan dijamin masuk syurga, namun tidak pernah berhenti mengerjakan solat sunat siang ataupun malam. Para sahabat juga orang-orang soleh lainya sentiasa menjaga solat-solat sunatnya di samping melaksanakan tugas-tugas wajibnya yang lain.
Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang ertinya:
“HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih aku cintai selain dengan perkara-perkara yang telah aku wajibkan ke atasnya. Dan hambaKu tidak putus-putus mendekatkan diri kepadaKu dengan perkara-perkara yang sunat (nawafil) sehingga aku mencintainya.”
Ada yang mengatakan mengerjakan perkara sunat itu adalah tanda orang-orang yang ikhlas, kerana dia telah mahu mengerjakan sesuatu dengan reda tanpa paksaan. Sedangkan mengerjakan perkara yang wajib adalah merupakan tanggungjawabnya, kerana kalau tidak dilaksanakannya dia berasa terkena hukuman (rasa berdosa).
3. Cara Memohon Hajat yang mustajab
Solat menurut bahasa, maknanya doa. Orang yang menrjakan solatt juga diertikan sebagai berdoa kepada Allah secara khusus dan istimewa. Kerana ktika solat semua ingatan hanya ditumpukan kepada Allah, pergerakan anggota badan dan ucapan juga tidak boleh terkeluar dari ketentuan yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu orang yang sedang mengerjakan berada dalam keadaan paling dekat dengan Allah dibandingkan dengan keadaan diluar solat. Allah akan memperkenankan hajat orang yang sedang berada dalam keadaan paling dekat denganNya, yakni ketika sujud (solat).
Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya sehampir-hampir kamuu kepada Allah adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah berdoa di dalamnya.”
Allah Taala berfirman :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat.”
(Al-Baqarah:46)
Diceritakan bahawa suatu ketika Ibnu Abbas sedang dalam perjalanan tiba-tiba diminta pulang kerana perkara penting berkenaan dengan seorang saudaranya. Namun beliau enggan berpatah balik sambil berkata bahawa Allah akan menguruskanya dan akan mencukupkan keperluan saudaranya itu. Beliau berhenti ditepi jalan dan mengerjakan solat, lalu kembali ke kenderaannya sambil membaca firman Allah yang bererti :
“Mintalah pertolongan kamu semua (kepada Allah) dengan cara bersabar dan mendirikan solat.”
(Al-Baqarah:45)
Sumber :- 2010; Al-Falah; Himpunan Solat Sunat Keutamaan & Doa; Ahmad Muhammad
No comments:
Post a Comment