Wednesday, August 12, 2015

Proses dan Prosedur Perkhidmatan di Kaunter TH



1. Pengeluaran Tunai di Kaunter

  • Jenis pengeluaran yang boleh dilakukan di kaunter ialah pengeluaran tunai.
  • Pengeluaran tunai hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang JP002
  • Jumlah pengeluaran maksimum yang boleh di lakukan ialah sebanyak RM 10,000.00 sahaja dalam satu hari.

2. Pengeluaran Cek

  • Pengeluaran Cek boleh di keluarkan di TH Negeri sahaja.
  • Had maksimum bagi pengeluaran di TH Negeri ialah RM 100,000.00.
  • Tiada had amaun jika pengeluaran dilakukan di Ibu Pejabat.

3. Pindahan Simpanan TH ke TH

  • Pindahan simpanan TH boleh dibuat melalui Pindahan Biasa dan Pindahan Arahan Tetap.
  • Pemindahan hendaklah dilakukan dengan menggunakan Borang JP004
  • Tiada had amaun ditetapkan.
  • Had kelulusan  bagi TH Mini/Daerah ialah RM50,000.00 manakala TH Negeri pula had kelulusan ialah RM100,00.00
  • Tiada had amaun sekiranya pindahan dilakukan di ibu pejabat.
  • Jika pindahan melebihi had keseluruhan TH Mini/Daerah sehingga RM100,00.00 hendaklah  diluluskan di TH Negeri.
  • Sekiranya melebihi had keseluruhan di TH Negeri hendaklah diluluskan di Ibu Pejabat.
  • Kelulusan pada hari yang sama setelah dokumen lengkap di terima.

4. Transaksi Simpanan Melalui Kaunter Tabung Haji

  • Bagi simpanan tunai tiada had amaun yang ditetapkan dan setiap urusan adalah percuma.
  • Simpanan menggunakan cek pula tiada had amaun yang ditetapkan, tempoh penjelasan adalah lima hari berkerja (T+4) dan transaksi adalah percuma.

5. Pindahan Telegrafik (TT)

  • Pindahan Telegrafik boleh dilakukan melalui Pindahan Biasa, Pindahan Arahan Tetap dan Bank Deraf
  • Pindaan Telegrafik juga turut menyediakan perkhidmatan Pindahan ke akaun Luar Negara.
  • Pindahan Telegrafik hendaklah dilakukan dengan menggunakan Borang JP004
  • Tiada Had amaun yang ditetapkan
  • Had kelulusan bagi TH Mini/ Daerah ialah RM50,000.00 dan RM100,000.00 bagi TH Negeri manakala tiada had amaun di HQ.
Nota:-
  • Pindahan yang melebihi had keseluruhan TH Mini/Daerah dan Negeri akan diluluskan di Ibu Pejabat.
  • Kelulusan pada hari yang sama setelah dokumen lengkap diterima.

  • Amaun Pindahan TT:
        i.          Rentas      -> RM10,000.00
       ii.          IBG     -< RM10,000.00

  • Bank Deraf hanya boleh dibuat di cawangan TH IBU Pejabat sahaja.
  • Caj akan dikenakan oleh BIMB sebanyak RM2.15.
  • Pindahan TT ke luar Negara – TH perlu mendapatkan kadar tukaran asing terlebih dahulu daripada BIMB Jalan Tun Razak.
  • Permohonan TT akan dihantar ke BIMB 2 kali sehari pada 9.30 pagi dan 11.30 pagi permohonan yang diterima selepas 11.30 pagi akan dihantar keesokkan harinya.

  • Kredit ke Bank Penerima :
        i.          Rentas :  - 2 jam selepas tindakan diambil oleh BIMB pada hari yang sama
       ii.          IBG      : - Selepas pukul 7:00 petang atau keesokkan harinya setelah tindakkan diambil oleh BIMB

6. Pendeposit Uzur Koma/Tidak Kompetan/Tidak Berupaya
  • Bagi pendeposit yang Uzur Koma/Tidak Kompetan/Berupaya boleh membuat pengeluaran.
  • Dokumen yang diperlukan ialah :-
        i.          Surat permohonan daripada waris.
       ii.          Salinan dokumen pengenalan diri pendeposit dan waris yang diakui sah.
      iii.          surat perakuan Doktor (Hospital Kerajaan/Hospital Swasta/Klinik Kerajaan).
      iv.          Surat Jaminan Gantirugi yang dimeterai setem
       v.          Cap jari pemohan di atas salinan dokumen pengenalan diri.
      vi.          Persetujuan semua waris secara bertulis Laporan lawatan oleh dua orang anggota TH.
     vii.          Gambar pendeposit sekiranya dibenarkan.

  •  Permohonan hendaklah dimajukan ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
  • Cara pengeluaran boleh dibuat melalui simpanan TH ke TH, Telegrafik manakala bagi yang memilih tutup akaun, Hanya pindahan simpanan sahaja dilakukan.

7. Pendeposit Uzur luar Premis TH

  • Sekiranya pendeposit uzur di luar premis TH peneluaran dapat dilakukan dengan membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari Ibu Pejabat Tabung Haji.
  • Dokumen yang diperlukan ialah :-
                                           i.          Surat permohonan daripada waris
                                           ii.          Salinan Dokumen pengenalan diri pendeposit dan waris yang diakui sah.
                                         iii.          Surat Jaminan Ganti rugi yag dimeterai setem.
                                         iv.          Cap jari pemohon di atas salinan dokumen pengenalan diri.
                                          v.          Cap jari pendeposit pada borang JP004/JP011.
                                         vi.          Laporan lawatan oleh 2 orang anggota TH.
                                        vii.          Gambar pendeposit sekiranya dibenarkan.

8. Pengeluaran Pusaka
  • Permohonan Pusaka boleh dibuat diseluruh pejabat cawangan TH dengan mengisi Borang JP005/JP006
  • Dokumen asal dan salinan yang diperlukan :-
        i.          Kad pengenalan pemohon
       ii.          Sijil kematian pendeposit
      iii.          Surat kuasa (jika pendeposit tiada penama/pemegangamanah)
      iv.          Surat beranak (jika penama/pemegang amanah bawah 18 tahun)
       v.          Sijil mati penama/pemegang amanah yang telah meninggal dunia.
  • Penama/ Pemegang amanah yang telah meninggal dunia.
  • Simpanan melebihi RM1,000.00 yang tiada penama/pemegang amanah waris hendaklah mendapatkan surat kuasa daripada mahkamah Syariah/mahkamah Tinggi/Pejabat Tanah/Amanah Raya Berhad.
  • Simpanan Kurang RM1000.00 yang tiada penama/pemegang Amanah, Waris perlu mengisi borangg JP005 dan JP006. Sekiranya waris tunggal daripada Penghulu/Ketua Masyarakat (Sabah/Sarawak sahaja) hendaklah disertakan.
  • Penama/pemegang Amanah bawah 18 tahun perlu mewakilkan penjaga untuk tuntutan pusaka.
  • Saksi Hendaklah terdiri daripada salah satu :
                            i.          Anggota TH
                           ii.          Lain-lain Ketua Masyarakat (Saba/Sarawak sahaja)
  • Bayaran Pusaka akan di buat dalam tempoh masa 14 hari waktu berkerja daripada tarikh permohonan.
  • Terdapat tiga jenis Borang Penamaan :
a. Borang Penamaan (Jenis B)
  • Semua waris perlu membuat tuntutan dengan mengisi Borang JP005 dan JP006
b. Borang Pemegang Amanah
  • Penama pertama sahaja perlu membuat tuntutan pusaka dengan mengisi Borang JP005
c. Borang Penamaan (jenis D)
  • Penama pertama sahaja perlu membuat tuntutan pusaka dengan mengisi orang JP005

9. Pengeluaran Wang oleh Pendeposit berada di Luar Negara
  • Untuk pengeluaran pendeposit yang berada di luar Negara pemohon perlu menyediakan dokumen seperti berikut :
        i.          Surat permohonan yang lengkap.
       ii.          Surat Pengesahan daripada konsulat/Pusat Pengajian/Majikan
      iii.          Salinan Pasport antarabangsa yang telah disahkan oleh konsulat/Pusat Pengajian/Majikan.
      iv.          Kesemua dokumen hendaklah diimejkan dan diemailkan ke Ibu Pejabat.

10. Pengeluaran Wang oleh Pendeposit Tahanan Penjara

Pendeposit tahanan penjara boleh mengeluarkan wang dengan menyediakan dokumen seperti berikut :
        i.          Surat permohonan  daripada waris (penamaan yang dinamakan).
       ii.          Surat pengesahan daripada pegawai penjara yang diberi kuasa.
      iii.          Borang Jaminan Gantirugi yang telah dimeteri setem (saksi hendaklah anggota TH)
      iv.          Salinan Kad pengenalan permohonan yang disahkan oleh anggota TH

11. Permohonan Pindah Simpanan/Pindahan Telegrafik Musim Haji
  • Bagi pindahan simpanan atau pindahan Telegrafik Musim Haji pendeposit perlu mengemukakan bukti dan mengisi Borang JP004.
  • Permohonan akan diproses di ibu pejabat.














Makan Malam

Makan Malam

Rabu, 12 Ogos 2015. Hari ini aku makan Malam dekat Central Market juga di kenali sebagai Medan Pasar atau Pasar Seni. Bila makan di sini aku akan mengimbau kembali kisah aku dengan seseorang yang aku sayang, sehingga kini, mungkin takdir tidak menyebelahi kami untuk bersama... . Namun aku percaya ada rahmat atas ini semua. Pada setiap detik yang kita lalui itu wajar kita kenang kembali, bagi merawat diri secara rohaniah, dalam erti kata lain merawat jiwa. 

Banyak kaedah untuk merawat jiwa, sama ada melalui jalan agama mahupun jalan alamiah, ketenangan itu pasti tiba jika kita tahu hala tuju jalan yang sedang kita lalui untuk merawat jiwa. Dan tentu sekali keyakinan yang memainkan peranan penting dalam proses tersebut. 

Maka buat jiwa-jiwa luka kembalikanlah keyakinan di dalam diri, demi melepaskan kemurungan diri yang membelengku mahupun mencengkam jiwa.

Itu sahaja yang mampu ku kongsikan pada kalian.
Sekian ....