Wednesday, July 13, 2016

Solat Membentuk Sabar dan Tabah

Selain menuntut umat Islam tidak berbuat dosa dan derhaka, melalui solat juga ia dapat membentuk kita untuk menjadi seorang yang jujur serta mengajarkan kita cara berpakaian yang sopan serta mendidik kita untuk tidak mengeluh apabila menghadapi musibah kerana orang yang beriman yakin bahawa Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya di luar kemampuan seseorang itu.

Solat juga dapat mendidik kita supaya tidak tamak dan kikir terhadap nikmat rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya. Sabar dan ketabahan sentiasa berada dalam jiwa orang yang mengerjakan solat. Sikap yang sebeginilah yang mampu memelihara kewujudan iman seseorang itu. Namun ia tidak semudah yang kita sangka, melainkan orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Firman Allah: 

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesa dan kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. kecuali orang-orang yang menerjakan solat. Yang mereka itu tetap mengerjakan solat.”  (Al-Maaari: 19-23)

Diantara pengertian solat ialah doa (permohonan) dengan mengerjakan solat ia mampu menolong kita untuk berhadapan dengan pelbagai kesulitan dan kesedihan serta dapat mententeramkan jiwa sekiranya kita melakukannya penuh dengan keikhlasan.

Solat merupakan komunikasi yang tidak ada birokrasi dan hal ini amat terbukti dapat mententeramkan jiwa, jika kita bersungguh-sungguh mengimaninya. Firman Allah:  “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah:153)

Firman Allah lagi : “Orang-orangyang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingatkan Allah, Ingatlah hanya dengan mengeingati Allah lah hati menjadi tenteram (Ar-Ra’d: 28)