2 September 1968 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penubuhan PWSBH (Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal
Haji) merupakan satu rahmat yang tidak ternilai harganya bagi umat Islam di negara
ini. PWSBH melakukan pelbagai penambahbaikan bagi memastikan kewujudannya
benar-benar memberi manfaat kepada umat Islam, terutama dalam menyelaras urusan
mereka untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein menyumbangkan bantuan kepada bakal haji sebelum rombongan haji tahun itu berlepas. Selain menyumbangkan bantuan tilam kepada para jemaah, keperluan seperti bantal dan lain-lain juga diberikan untuk memudahkan ibadat haji mereka di Tanah Suci.
Ketika mula beroperasi
pada 1963, seramai 1,281 bakal haji membuka akuan mereka dengan tabungan
berjumlah RM46,610. Ketika itu, tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk
memastikan simpanan mereka terjamin keselamatanya dan bebas daripada riba untuk
membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperolehi haji mabrur. Pada
masa itu, tiada sama sekali idea akan meraih bonus atau deviden.
5 November 1971 - Perdana Menteri Tun Abdul Razak melihat replika Kapal Laut yang menjadi pengakutan Jemaah Haji Malaysia ke Makkah.
Keyakinan yang
dipamerkan para bakal haji ini menjadi pendorong kepada PWSBH untuk terus menambah
baik perkhidmatanya demi memenuhi salah
satu fardu kifayah. Sejak itu, ia terus berusaha untuk menarik lebih ramai umat
Islam menggunakan kemudahan menabung yang disediakan kerajaan untuk memastikan
simpanan mereka sentiasa halal dan selamat.
Bagi Memantapkan lagi
peranannya dan memudahkan penyelarasan dan memudahkan penyelarasan aktiviti
penabungan serta pengurusan haji yang semakin berkembang pada 1969, PWSBH
digabungkan dengan pejabat Urusan Hal Ehwal Haji, yang ditubuhkan lebih awal
pada 1951 dan beroperasi di Pulau Pinang.
Badan yang digabungkan ini dinamakan Lembaga Tabung Haji (LUTH), yang
kemudianya ditukar kepada lembaga Tabung Haji pada 1995 atau dikenali dengan
singkatannya Tabung Haji atau TH sehingga kini.
30 November 1973- Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein menerima cenderatama daripada Pengurus LUTH Dato'Seri Hj Hussein Mohd Nordin sempena Majlis Sambutan Tabung Haji ke-10
Dengan Tertubuhnya TH,
urusan ibadat haji umat islam negara ini menjadi lebih mudah dan teratur.
Malah, bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci pun tidak perlu bimbang
kerana TH mengurus semua
keperluan mereka. Ini termasuk perkara
berkaitan pasport, visa haji, pengakutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina
dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji.
No comments:
Post a Comment