Wednesday, November 18, 2015

Syariat Islam Itu Mudah



Dalam surah Taha ayat 2 Allah berfirman memberitahu manusia bahawa kandungan al-Quran sebagai syariat dan cara hidup bukanlah bertujuan menyusahkan manusia.

Dalam ayat ketiga Allah menegaskan lagi bahawa kandungan Al-Quran adalah untuk mengingatkan mereka yang lupa, bahawa  jalan agama Allah adalah jalan yang paling selamat bagi manusia di dunia dan di akhirat .

Untuk selamat dan beruntung, manusia tidak akan terseksa dengan segala macam tekanan dan himpitan, tetapi sebaliknya diberi berbagai kemudahan sehingga amalan-amalan untuk mencapai kebahagiaan  didunia dan akhirat itu terdaya ditunaikan oleh manusia menurut fitrah dan keperibadian masing-masing.

Janji Allah dalam surah Taha itu, jika difahami dan diserap ke dalam hati manusia yang beriman, nescaya agama islam dan segala kewajipan yang perlu disempurnakan dapat dilakukan dengan mudah, tidak menimbulkan sungutan atau rintihan dan tidak pula melahirkan cemuhan atau permusuhan.

Banyak salah faham dan pertentangan terhadap Islam di kalangan orang Barat pada masa lalu adalah disebabkan pengertian dan salah penerangan yang sampai kepada mereka daripada orang Islam sendiri, sama ada akibat kejahilan mereka sendiri atau akibat terlalu ghairah memberati segala tuntutan agama sehingga yang sunat dianggap sebagai wajib dan wajib menjadi lebih wajib.
sesetengah orang mukmin menganggap sebagai tidak sempurna Islam kecuali dia menjadi zuhud (mengejar akhirat dan melupakan dunia) dan mendorong pula orang lain supaya menjadi zuhud seperti dia.

Rasulullah saw adalah manusia yang paling zuhud dan paling bertaqwa, tetapi zuhud Rasulullah telah disalah tafsir sehingga ada sesetengah umatnya ingin menjadi lebih zuhud dari nabi mereka sendiri.
Maka lahirlah golongan ahli sufi yang melampau, sehingga keperluan hidup mereka tidak diberi perhatian lansung, sehingga rupa dan bau badan mereka mengacau orang lain, sedangkan Rasulullah saw mendorong umatnya berpakaian paling bagus untuk sembayang di masjid. baginda juga sentiasa memakai bau-bauan yang harum untuk beribadat bersama kaum muslimin.

Nyatalah bahawa akibat terlalu ingin menerapkan syariat agama, sesetengah orang melupakan fitrah manusia sendiri, bahkan mereka begitu mudah melupakan sunnah Rasulullah saw yang bermaksud :-

“Sesungguhnya Din (Islam) itu  mudah”

Dan nasihat Rasullah kepada sahabat yang diutusnya ke negara lain untuk menyebarkan dakwah berbunyi:-

“Permudahkanlah jangan menyusahkan dan tunjukkanlah, jangan ( mengamcam) menyebabkan orang lari.”

Sunah Nabi yang penuh berhikmah itu kalau diabaikan nescaya dakwah Islamiah yang seharusnya ringan, akan dianggap berat, dah hasil dakwah itu sendiriakan lebih merugikan umat islam sendiri.


sumber : Al-Islam 1985

No comments:

Post a Comment