Monday, November 16, 2015

Bacaan Dalam Solat Sunat



Solat sunat sama sahaja dengan solat fardu, sama ada mengenai cara-cara dan bacaanya, kecuali sebahagian kecil sahaja. Nama-Nama solat itu kebanyakan tidak disebut dalam hadis, tetapi hanya dibuat para ulamak supaya mudah membezakan antara satu denan yang lain.

1. Terdapat pelbagai  bacaan niat; Usalhalli sunatan …(solat yang ingin dikerjakan) hanyalah untuk memudahkan hati mengingati niat sahaja. Sekiranya sukar untuk mengucapkannya, cukup diingat dalam hati tentang solat sunat yang akan dilakukan  ketika  mengucapkan takbiratul ihram.

2. Surah-surah yang dibaca setelah Fatihah umumnya surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, sebagai surah yang ringkas dan besar fadhilatnya. Kecuali beberapa solat sunat yang sunat membaca selain ayat itu, seperti solat sunat Subuh, solat sunat wuduk dan lain-lain seperti  yang disebutkan dalam kitab-kitab Muktabar. Walau bagaimanapun seseorang itu boleh membaca mana-mana ayat atau surah yang disukai dari Al-Quran.

3. Doa-doa atau zikir-zikir sunat dalam solat hendaklah dibaca juga seperti dalam solat fardu agar solat sunat itu menjadi lebih baik. 

4. Solat sunat, tidak didahului dengan azan dan iqamah. Hanya perkataan “Assatu jami-ah …” dikumdangkan jika solat tersebut dilakukan secara berjemaah. Solat sunat boleh dilakukan dengan duduk sekalipun dalam keadaan mampu berdiri.

5. Ketika berdoa selepas solat hendaklah diawali dengan Basmalah, selawat memuji Allah dan diakhiri dengan walhamdullahi rabbil alamin.

No comments:

Post a Comment