Wednesday, November 25, 2015

Doa Qunut




Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy dalam bukunya "2002 Mutiara Hadis" menerangkan tentang masalah qunut.

Qunut Bererti Taat atau Doa

  • Sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 238 surat Al-Baqarah: "Waqumu lillahi Qanitin" Ertinya; "berdirilah kamu kerana allah dalam keadaan kamu berqunut". 
Qunut Bererti Lama Berdiri

  • Sabda Rasulullah s.a.w "Afdhalus shalati thulal Qunuti" ertinya: "Sembayang yang paling utama ialah yang panjang atau lama berdirinya".

Qunut Bererti Berdiam Diri

Para sahabat biasanya bercakap-cakap dalam sembayang, sehingga turunlah ayat " Dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan berdiam diri (tidak bercakap dengan teman-teman yang ada di sebelah menyebelah)."

Jadi qunut dapat diertikan dengan lama berdiri atau berdiam diri mengikut keadaan ayat atau hadis tersebut.

Waktu Berqunut 

Ada yang berpendapat qunut itu dibaca sebelum rukuk dan ada pula yang berpendapat sesudah rukuk. tetapi para ulamak lebih cenderong kepada pendapat yang mengatakan bahawa doa qunut itu dibaca sesudah rukuk. Kerana ditinjau dari hikmahnya, sangat sesuai memohon atau berdoa selepas kita mengucapkan " Samiallhu liman hamidah" (mudah-mudahan Allah mendengar doa yang diucapkan oleh orang yang memujinya). Oleh sebab itulah kita diperintahkan memuji Allah sebelum memohan sesuatu doa. Jadi qunut dibaca dalam rakaat terakhir sesudah rukuk ataupun iktikad.

Hukum Berqunut

Sebahagian ulamak, diantaranya Imam Syafie dan Imam Malik berpendapat bahawa doa qunut yang dibaca dalam rakaat kedua solat subuh adalah sunat yang mesti dikerjakan secara tetap.

Ada pula ulamak yang menangjukan kita berqunut dalam setiap solat. tetapi para ulamak hadis berpendapat, Rasulullah s.a.w tidak pernah mengerjakan doa qunut secara tetap. Baginda hanya membacanya apabila timbul sesuatu bencana ataupun kesusahan, memohon kepada Allah spaya diberikan pertolongan dalam menghadapi musuh.

Contoh Rasulullah pernah berqunut untuk memohon diturunkan hujun ketika musim kemarau. kemudia beliau berhenti berqunut setelah bencana itu hilang.

Para Ulamak hadis berkata: "Kami mengetahui dengan yakin bahawa Nabi s.a.w tidak berqunut terus-menerus. Andai kata nabi terus menerus sepanjang hayatnya, tentulah semua sahabat meriwayatkannya.

Para sahabat hanya menerangkan, bahawa Nabi pernah berqunut dalam solat subuh untuk memohon pertolongan Allah agar tentera Islam memperoleh kemenangan dalam menghadapi musuh. Dan tidak ada sahabat yang memetik  bahawa Nabi s.a.w tetap berqunut sesudah rukuk, sebagaimana tidak ada pula yang memetik bahawa Nabi s.a.w tetap berqunut sebelum rukuk. Bahkan ramai sahabat yang tidak membenarkan kita berqunut secara tetap. (petikan dari 2002 Mutiara Hadis karangan Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy).

Prof.  Hasbi menerangkan bahawa pendirian ulamak hadis ini adalah pendirian yang paling seimbang, tidak berat sebelah. Mereka tidak memansuhkan atau menghapuskan sama sekali doa qunut dan tidak pula menyunatkan kita terus menerus berqunut dalam sembahyang Subuh.

Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu kita disuruh berqunut untuk memohon pertolongan Allah. Jadi qunut bukunlah qunut yang dikerjakan secara terus menerus. Kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah berqunut secara tetap. Dan Ibnu Umar r.a pernah berkata ketika ditanya tentang hal ini : "Kami tidak pernah mendengar dan melihatnya,"

Kesimpulan

Qunut terbahagi kepada dua :

1. Qunut Umum 

Qunut Umum, iaitu qunut yang bererti lama berdiri untuk berdoa - qunut sebelum rukuk ialah lama berdiri untuk memabaca surah atau doa.

Qunut sesudah rukuk ialah lama berdiri untuk berdoa secara rahsia atau perlahan.

Qunut-qunut inilah yang dimaksudkan oleh Anas bin Malik "Nabi s.a.w sentiasa berqunut sehingga Baginda Wafat" riwayat Ahamad dan Hakim)


Qunut yang nabi tinggalkan sesudah pernah berdoa dilakukan ialah berdoa untuk kebinasaan orang-orang kafir, yang dilakukan sesudah rukuk dalam iktidal rakaat terakhir 

Qunut yang terus menerus Nabi s.a.w lakukan ialah lama berdiri pada dua tempat. Iaitu sebelum dan sesudah rukuk untuk berdoa seccara rahsia (perlahan) dalam semua rakaat.

2. Qunut Khusus 

Ialah Memohon sesuatu permohonan tertentu dengan suara yang kuat dan diaminkan oleh semua makmum. Qunut ini hanya dilakukan jika perlu dalam rakaat terakhir selepas iktidal dalam semua sembayang

Prof Hasbi menerangkan lagi bahawatidak ada alasan atau dalil yang kuat mengatakan bahawa Nabi s.a.w membuat qunut dengan suara yang kuat dan diaminkan oleh makmum dalam setiap sembayang Subuh pada rakaat kedua sesudah iktidal. Kerana hadis yang diriwayatkan oleh Daruquthni "Nabi s.a.w sentiasa berqunut dalam sembayang Subuh sehingga Baginda wafat" Menurut At-Turkumani; salah seorang perawinya yang bernama Abu Jaafar Isa adalah diragukan kerana hafalannya tidak baik selalu meriwayatkan hadis-hadis mungkar dan orang yang salah sangka. Jadi Hadisnya tidak boleh dipakai. 

Lafaz Qunut

Tidak ada sebuah riwayat pun yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berqunut dengan suatu lafaz yang tertentu dan tetap, yang terkenal dalam masyarakat sahabat. Oleh kerana itu ulamak yang menetapkan adanya doa qunut dalam sembayang Subuh dengan memilih lafaz qunut yang di ajarkan Rasulullah kepada Hassa bin Ali yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi.   


 


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian anda tentang doa qunut ini. Semoga anda mendapat saham akhirat nanti. Insyaallah

    ReplyDelete