Wednesday, November 4, 2015

Sejarah Awal Sebelum Penubuhan Lembaga Tabung Haji



Sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji pada 1963, tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi menangung kos perbelanjaan menunaikan haji. Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa bank kovensional untuk mengerjakan ibadat haji. Ini adalah kerana mereka mahu memastikan tabungan atau simpanan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperolehi nanti adalah haji mabrur.

12 April 1966- Rombongan haji dari Makkah tiba di perlabuhan Port Swettenham menaiki kapal haji "Kuala Lumpur". Ahli rombongan merupakan antara 453 jemaah yang datang dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu dan Kelantan.   

Namun , sebagai umat Islam mereka tetap mahu menunaikan rukun Islam kelima, terutamanya apabila sudah menjangkau usia lanjut. Oleh kerena tiada amalan menabung dari usia muda, mereka yang berumur terpaksa mencari jalan pintas untuk mencukupkan wang bagi mengerjakan haji. Antara jalan pintas yang diambil adalah dengan menjual harta seperti tanh kebun atau sawah kepada orang lain. Sebahagian daripada mereka  menyewakan atau memajak kebun dan sawah kepada orang lain untuk tempoh beberapa tahun. Dengan cara ini, mereka  yakin wang  mereka bebas dari unsur riba, justeru dapat mengerjakan haji dengan tenang agar memperolehi haji yang mabrur.


Hasil jualan getah oleh bakal-bakal haji dan gadaian tanah rizab digunakan untuk menampung perjalanan ke tanah suci.

Cara begini diamalkan kebanyakan jemaah haji sehingga menmbulkan masalah sosio-ekonomi di kalangan umat Islam Malaysia pada waktu itu. Sekembalinya mereka dari Tanah Suci, mereka menghadapi kesulitan untuk meneruskan kehidupan kerana tanah sawah dan kebun mereka sudah tiada lagi. Ada yang terpaksa bergantung hidup dengan anak-anak dan sanak saudara mereka. Lebih menyedihkan lagi ialah mereka yang menjual tanah, termasuk rumah mereka sekali.

Ada juga segelintir umat Islam menunaikan haji menggunakan wang yang dikumpulkan oleh mereka dari hasil tabungan tradisonal dirumah seperti di dalam kotak duit, tempayan beras,  almari atau tabung buluh. Tetapi tidak ramai yang Berjaya menabung wang secukupnya. Ini kerana cara simpanan yang sebegini memerlukan disiplin yang tinggi dan keselamatanya tidak terjamin. Wang yang dikumpulkan sering digunakan untuk perbelanjaan harian atau hilang dicuri orang. Ini berlaku dikalangan mereka yang berpendapatan rendah.


1950 - Barang milik jemaah haji diletakkan di kawasan lapang sebaik sahaja tiba di Pelabuhan Jeddah. 

Umat Islam Malaysia pada masa itu juga menempuh pelbagai kesusahan dalam aspek pengangkutan, tempat tinggal dan kebajikan semasa di Tanah Suci.

1966- Polis  Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal jemaah dan ahli keluarga yag berasak-asak di laluan pelepasan kapal haji di Port Swettenham. Kapal yang tiba dari Singapura untuk  mengambil 438 jemaah untuk ke tanah suci.


Perjalanan yang panjang ke tanah suci dan kesukaran yang dilalui ketika di sana menyebabkan jemaah haji yang telah berusia menganggap bahawa ia adalah perjalanan terakhir mereka. Oleh itu, pemergian bakal haji ke Tanah Suci diiringi dengan perasaan pilu ahli keluarga, walaupun ia merupakan kejayaan melaksanakan Rukun Islam Kelima.

13 Jun 1961 - Suasana hiba menyelubungi pemergian jemaah Haji ke Tanah Suci

Jemaah Haji Malaysia pada waktu itu perlu mendapatkan sendiri khidmat syeikh-syeikh haji. Lazimnya mereka terdiri daripada ulamak dan broker atau ejen syarikat tempatan. Perkhidmatan yang disediakan syeikh haji tidak seragam dan banyak bergantung pada budi bicara mereka sahaja. Ini kerana  pada waktu itu belum wujud peraturan atau undang-undang yang menjaga kebajikan jemaah haji.

Antara Syeikh haji yang mengiklankan perkhidmatan mereka. -Sumber; Buku Cenderamata Peduman Bakal-bakal Haji 1873M,Pulau Pinang.






No comments:

Post a Comment