Thursday, November 19, 2015

PWSBH Rahmat Kepada Ummah



2 September 1968 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Penubuhan  PWSBH (Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji) merupakan satu rahmat yang tidak ternilai harganya bagi umat Islam di negara ini. PWSBH melakukan pelbagai penambahbaikan bagi memastikan kewujudannya benar-benar memberi manfaat kepada umat Islam, terutama dalam menyelaras urusan mereka untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.

Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein menyumbangkan bantuan kepada bakal haji sebelum rombongan haji tahun itu berlepas. Selain menyumbangkan bantuan tilam kepada para jemaah, keperluan seperti bantal dan lain-lain juga diberikan untuk memudahkan ibadat haji mereka di Tanah Suci.

Ketika mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji membuka akuan mereka dengan tabungan berjumlah RM46,610. Ketika itu, tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin keselamatanya dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperolehi haji mabrur. Pada masa itu, tiada sama sekali idea akan meraih bonus atau deviden.
5 November 1971 - Perdana Menteri Tun Abdul Razak melihat replika Kapal Laut yang menjadi pengakutan Jemaah Haji Malaysia ke Makkah.

Keyakinan yang dipamerkan para bakal haji ini menjadi pendorong kepada PWSBH untuk terus menambah baik perkhidmatanya demi memenuhi  salah satu fardu kifayah. Sejak itu, ia terus berusaha untuk menarik lebih ramai umat Islam menggunakan kemudahan menabung yang disediakan kerajaan untuk memastikan simpanan mereka sentiasa halal dan selamat.

Bagi Memantapkan lagi peranannya dan memudahkan penyelarasan dan memudahkan penyelarasan aktiviti penabungan serta pengurusan haji yang semakin berkembang pada 1969, PWSBH digabungkan dengan pejabat Urusan Hal Ehwal Haji, yang ditubuhkan lebih awal pada 1951 dan beroperasi  di Pulau Pinang. Badan yang digabungkan ini dinamakan Lembaga Tabung Haji (LUTH), yang kemudianya ditukar kepada lembaga Tabung Haji pada 1995 atau dikenali dengan singkatannya Tabung Haji atau TH  sehingga kini.

30 November 1973- Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein menerima cenderatama daripada Pengurus LUTH Dato'Seri Hj Hussein Mohd Nordin sempena Majlis Sambutan Tabung Haji ke-10


Dengan Tertubuhnya TH, urusan ibadat haji umat islam negara ini menjadi lebih mudah dan teratur. Malah, bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci pun tidak perlu bimbang kerana TH  mengurus semua keperluan mereka. Ini termasuk  perkara berkaitan pasport, visa haji, pengakutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji. 

Wednesday, November 18, 2015

Syariat Islam Itu Mudah



Dalam surah Taha ayat 2 Allah berfirman memberitahu manusia bahawa kandungan al-Quran sebagai syariat dan cara hidup bukanlah bertujuan menyusahkan manusia.

Dalam ayat ketiga Allah menegaskan lagi bahawa kandungan Al-Quran adalah untuk mengingatkan mereka yang lupa, bahawa  jalan agama Allah adalah jalan yang paling selamat bagi manusia di dunia dan di akhirat .

Untuk selamat dan beruntung, manusia tidak akan terseksa dengan segala macam tekanan dan himpitan, tetapi sebaliknya diberi berbagai kemudahan sehingga amalan-amalan untuk mencapai kebahagiaan  didunia dan akhirat itu terdaya ditunaikan oleh manusia menurut fitrah dan keperibadian masing-masing.

Janji Allah dalam surah Taha itu, jika difahami dan diserap ke dalam hati manusia yang beriman, nescaya agama islam dan segala kewajipan yang perlu disempurnakan dapat dilakukan dengan mudah, tidak menimbulkan sungutan atau rintihan dan tidak pula melahirkan cemuhan atau permusuhan.

Banyak salah faham dan pertentangan terhadap Islam di kalangan orang Barat pada masa lalu adalah disebabkan pengertian dan salah penerangan yang sampai kepada mereka daripada orang Islam sendiri, sama ada akibat kejahilan mereka sendiri atau akibat terlalu ghairah memberati segala tuntutan agama sehingga yang sunat dianggap sebagai wajib dan wajib menjadi lebih wajib.
sesetengah orang mukmin menganggap sebagai tidak sempurna Islam kecuali dia menjadi zuhud (mengejar akhirat dan melupakan dunia) dan mendorong pula orang lain supaya menjadi zuhud seperti dia.

Rasulullah saw adalah manusia yang paling zuhud dan paling bertaqwa, tetapi zuhud Rasulullah telah disalah tafsir sehingga ada sesetengah umatnya ingin menjadi lebih zuhud dari nabi mereka sendiri.
Maka lahirlah golongan ahli sufi yang melampau, sehingga keperluan hidup mereka tidak diberi perhatian lansung, sehingga rupa dan bau badan mereka mengacau orang lain, sedangkan Rasulullah saw mendorong umatnya berpakaian paling bagus untuk sembayang di masjid. baginda juga sentiasa memakai bau-bauan yang harum untuk beribadat bersama kaum muslimin.

Nyatalah bahawa akibat terlalu ingin menerapkan syariat agama, sesetengah orang melupakan fitrah manusia sendiri, bahkan mereka begitu mudah melupakan sunnah Rasulullah saw yang bermaksud :-

“Sesungguhnya Din (Islam) itu  mudah”

Dan nasihat Rasullah kepada sahabat yang diutusnya ke negara lain untuk menyebarkan dakwah berbunyi:-

“Permudahkanlah jangan menyusahkan dan tunjukkanlah, jangan ( mengamcam) menyebabkan orang lari.”

Sunah Nabi yang penuh berhikmah itu kalau diabaikan nescaya dakwah Islamiah yang seharusnya ringan, akan dianggap berat, dah hasil dakwah itu sendiriakan lebih merugikan umat islam sendiri.


sumber : Al-Islam 1985

Monday, November 16, 2015

Bacaan Dalam Solat Sunat



Solat sunat sama sahaja dengan solat fardu, sama ada mengenai cara-cara dan bacaanya, kecuali sebahagian kecil sahaja. Nama-Nama solat itu kebanyakan tidak disebut dalam hadis, tetapi hanya dibuat para ulamak supaya mudah membezakan antara satu denan yang lain.

1. Terdapat pelbagai  bacaan niat; Usalhalli sunatan …(solat yang ingin dikerjakan) hanyalah untuk memudahkan hati mengingati niat sahaja. Sekiranya sukar untuk mengucapkannya, cukup diingat dalam hati tentang solat sunat yang akan dilakukan  ketika  mengucapkan takbiratul ihram.

2. Surah-surah yang dibaca setelah Fatihah umumnya surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, sebagai surah yang ringkas dan besar fadhilatnya. Kecuali beberapa solat sunat yang sunat membaca selain ayat itu, seperti solat sunat Subuh, solat sunat wuduk dan lain-lain seperti  yang disebutkan dalam kitab-kitab Muktabar. Walau bagaimanapun seseorang itu boleh membaca mana-mana ayat atau surah yang disukai dari Al-Quran.

3. Doa-doa atau zikir-zikir sunat dalam solat hendaklah dibaca juga seperti dalam solat fardu agar solat sunat itu menjadi lebih baik. 

4. Solat sunat, tidak didahului dengan azan dan iqamah. Hanya perkataan “Assatu jami-ah …” dikumdangkan jika solat tersebut dilakukan secara berjemaah. Solat sunat boleh dilakukan dengan duduk sekalipun dalam keadaan mampu berdiri.

5. Ketika berdoa selepas solat hendaklah diawali dengan Basmalah, selawat memuji Allah dan diakhiri dengan walhamdullahi rabbil alamin.