Friday, November 6, 2015

Tiga Fungsi Solat Sunat


1.Menyempurnakan Kekurangan Solat Fardu

Kekurangan atau kecacatan pada solat fardu meliputi banyak perkara seperti kurang khusyuk, terlambat, kurang sempurna bacaan, bahkan terlupa dari mengerjakan solat dan lain-lain. Rasulullah SAW bersabda  :

“Sesungguhnya perkara yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) dari amal-amal manusia pada hari kiamat ialah solat. Tuhan kami Azza wa jalla berkata kepada malaikatnya, “Lihatlah solat hambaKu itu,  adakah dia menyempurnakannya atau mengurangkannya?” Jika solat si hamba itu sempura, maka dituliskan sempurna.    Jika seseorang itu ada mengurangkan sesuatu daripada solatnya, Allah berfirman (kepada malaikat): “Lihatlah, adakah hambaKu itu mengerjakan solat sunat?” Jika si hamba didapati ada melakukan solat sunat, Allah berfirman (kepada Malaikat):  “Sempurnakanlah solat fardu hambaKu itu dengan solat sunatnya.” Setelah itu, maka dipertimbangkan amal-amal si hamba berdasarkan kesempurnaan solatnya.”

(HR.Abu Daud)

Solat sunat yang berfungsi sebagai penyempurna solat fardu terutama solat-solat sunat Rawatib yang mengiringi solat yang lima waktu itu, sama ada yang dilakukan sebelum atau sesudahnya. Sama ada yang Muakkad (sangat dituntut) atau yang bukan muakkad. Imam Ghazali berkata: “Meninggalkan yang lebih muakkad itu adalah lebih jauh dari kebaikan. Apatahlagi  solat fardu itu disempurnakan dengan yang sunat. Barang siapa yang tidak memperbanyakkan sunat, mungkin fardunya tidak selamat tanpa ada yang menampaknya dari kekurangan.”

Jika seseorang hamba itu langsung  tidak mengerjakan solat sunat, selain yag fardu kerana malasnya, suatu masa nanti mungkin mengerjakan yang fardu juga akan malas atau bekurangan.

2. Sebagai Tangga Mendekatkan Diri Kepada Allah

Selain sebagai  penyempurnaan solat wajib, solat sunat juga dapat mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah akan mengerjakan solat sunat setelah menunaikan perkara yang wajib kerana rasa cintanya kepada Allah. Solat merupakan ibadah badaniyah (zahir) yang paling utama, jika ditambah dengan yang sunat maka bertambahlah dekatlah hamba kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda :

“Allah tidak mengizinkan bagi seseorang hamba berbuat sesuatu yang lebih utama daripada solat (sunat) dua rakaat. Sesungguhnya rahmat Allah itu ditaburkan ke atas kepala hamba yang sedang solat. Tidak ada seseorang yag mendekatkan diri  kepada Allah dengan suatu amal yang lebih utama daripada amal yang diperintahkan oleh Allah (solat).”

Rasullah SAW sudah bebas dari dosa dari dan dijamin masuk syurga, namun tidak pernah berhenti mengerjakan solat sunat siang ataupun malam. Para sahabat juga orang-orang soleh lainya sentiasa menjaga solat-solat sunatnya di samping melaksanakan tugas-tugas wajibnya yang lain.
Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang ertinya:

“HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih aku cintai selain dengan perkara-perkara yang telah aku wajibkan ke atasnya. Dan hambaKu tidak putus-putus mendekatkan diri kepadaKu dengan perkara-perkara yang sunat (nawafil) sehingga aku mencintainya.”

Ada yang mengatakan mengerjakan perkara sunat itu adalah tanda orang-orang yang ikhlas, kerana dia telah mahu mengerjakan sesuatu dengan reda tanpa paksaan. Sedangkan mengerjakan perkara yang wajib adalah merupakan tanggungjawabnya, kerana kalau tidak dilaksanakannya dia berasa terkena hukuman (rasa berdosa).

3. Cara Memohon Hajat yang mustajab

Solat menurut bahasa, maknanya doa. Orang yang menrjakan solatt juga diertikan sebagai berdoa kepada Allah secara khusus dan istimewa. Kerana ktika solat semua ingatan hanya ditumpukan kepada Allah, pergerakan anggota badan dan ucapan juga tidak boleh terkeluar dari ketentuan yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu orang yang sedang mengerjakan berada dalam keadaan paling dekat dengan Allah dibandingkan dengan keadaan diluar solat. Allah akan memperkenankan hajat orang yang sedang berada dalam keadaan paling dekat denganNya, yakni ketika sujud (solat).
Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya sehampir-hampir kamuu kepada Allah adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah berdoa di dalamnya.

Allah Taala berfirman :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat.”

(Al-Baqarah:46)

Ada hadis secara khusus yang menyuruh umat Islam agar mengerjakan solat dua rakaat jika berhajatkan sesuatu daripada Allah atau dari manusia. Agar dipernuhi permintaan dan digerakkan hati manusia dipohon kepada Allah kepada Allah melalui solat dua rakaat. Solat itu biasanya dipanggil solat hajat. Rasulullah SAW apabila ditimpa sesuatu yang merunsingkan atau merisaukan, baginda akan segera melakukan solat.

Diceritakan bahawa suatu ketika Ibnu Abbas sedang dalam perjalanan tiba-tiba diminta pulang kerana perkara penting berkenaan dengan seorang saudaranya. Namun beliau enggan berpatah balik sambil berkata bahawa Allah akan menguruskanya dan akan mencukupkan keperluan saudaranya itu. Beliau berhenti ditepi  jalan dan mengerjakan solat, lalu kembali ke kenderaannya sambil membaca  firman Allah  yang bererti :

“Mintalah pertolongan kamu semua (kepada Allah) dengan cara bersabar dan mendirikan solat.”

(Al-Baqarah:45)

Sumber :- 2010; Al-Falah; Himpunan Solat Sunat Keutamaan & Doa; Ahmad Muhammad

Wednesday, November 4, 2015

Sejarah Awal Sebelum Penubuhan Lembaga Tabung Haji



Sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji pada 1963, tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi menangung kos perbelanjaan menunaikan haji. Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa bank kovensional untuk mengerjakan ibadat haji. Ini adalah kerana mereka mahu memastikan tabungan atau simpanan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperolehi nanti adalah haji mabrur.

12 April 1966- Rombongan haji dari Makkah tiba di perlabuhan Port Swettenham menaiki kapal haji "Kuala Lumpur". Ahli rombongan merupakan antara 453 jemaah yang datang dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu dan Kelantan.   

Namun , sebagai umat Islam mereka tetap mahu menunaikan rukun Islam kelima, terutamanya apabila sudah menjangkau usia lanjut. Oleh kerena tiada amalan menabung dari usia muda, mereka yang berumur terpaksa mencari jalan pintas untuk mencukupkan wang bagi mengerjakan haji. Antara jalan pintas yang diambil adalah dengan menjual harta seperti tanh kebun atau sawah kepada orang lain. Sebahagian daripada mereka  menyewakan atau memajak kebun dan sawah kepada orang lain untuk tempoh beberapa tahun. Dengan cara ini, mereka  yakin wang  mereka bebas dari unsur riba, justeru dapat mengerjakan haji dengan tenang agar memperolehi haji yang mabrur.


Hasil jualan getah oleh bakal-bakal haji dan gadaian tanah rizab digunakan untuk menampung perjalanan ke tanah suci.

Cara begini diamalkan kebanyakan jemaah haji sehingga menmbulkan masalah sosio-ekonomi di kalangan umat Islam Malaysia pada waktu itu. Sekembalinya mereka dari Tanah Suci, mereka menghadapi kesulitan untuk meneruskan kehidupan kerana tanah sawah dan kebun mereka sudah tiada lagi. Ada yang terpaksa bergantung hidup dengan anak-anak dan sanak saudara mereka. Lebih menyedihkan lagi ialah mereka yang menjual tanah, termasuk rumah mereka sekali.

Ada juga segelintir umat Islam menunaikan haji menggunakan wang yang dikumpulkan oleh mereka dari hasil tabungan tradisonal dirumah seperti di dalam kotak duit, tempayan beras,  almari atau tabung buluh. Tetapi tidak ramai yang Berjaya menabung wang secukupnya. Ini kerana cara simpanan yang sebegini memerlukan disiplin yang tinggi dan keselamatanya tidak terjamin. Wang yang dikumpulkan sering digunakan untuk perbelanjaan harian atau hilang dicuri orang. Ini berlaku dikalangan mereka yang berpendapatan rendah.


1950 - Barang milik jemaah haji diletakkan di kawasan lapang sebaik sahaja tiba di Pelabuhan Jeddah. 

Umat Islam Malaysia pada masa itu juga menempuh pelbagai kesusahan dalam aspek pengangkutan, tempat tinggal dan kebajikan semasa di Tanah Suci.

1966- Polis  Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal jemaah dan ahli keluarga yag berasak-asak di laluan pelepasan kapal haji di Port Swettenham. Kapal yang tiba dari Singapura untuk  mengambil 438 jemaah untuk ke tanah suci.


Perjalanan yang panjang ke tanah suci dan kesukaran yang dilalui ketika di sana menyebabkan jemaah haji yang telah berusia menganggap bahawa ia adalah perjalanan terakhir mereka. Oleh itu, pemergian bakal haji ke Tanah Suci diiringi dengan perasaan pilu ahli keluarga, walaupun ia merupakan kejayaan melaksanakan Rukun Islam Kelima.

13 Jun 1961 - Suasana hiba menyelubungi pemergian jemaah Haji ke Tanah Suci

Jemaah Haji Malaysia pada waktu itu perlu mendapatkan sendiri khidmat syeikh-syeikh haji. Lazimnya mereka terdiri daripada ulamak dan broker atau ejen syarikat tempatan. Perkhidmatan yang disediakan syeikh haji tidak seragam dan banyak bergantung pada budi bicara mereka sahaja. Ini kerana  pada waktu itu belum wujud peraturan atau undang-undang yang menjaga kebajikan jemaah haji.

Antara Syeikh haji yang mengiklankan perkhidmatan mereka. -Sumber; Buku Cenderamata Peduman Bakal-bakal Haji 1873M,Pulau Pinang.






Monday, November 2, 2015

TH -Citra Kejayaan Malaysia

TH -Citra Kejayaan Malaysia

Lembaga Tabung Haji (TH ), dari saat ia dilahirkan, mula bertatih, berdiri dan terus berkembang kukuh daripada hanya sebagai institusi pengurusan haji sehingga menjadi pengurus dana kewangan Islam yang dipercayai dan dihormati.


Menjejakkan kaki di Tanah Suci dan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup merupakan cita-cita dan hasrat murni setiap muslim. Disamping melengkapkan pelaksanaan Rukun Islam ia juga lambang kejayaan seorang Muslim dalam menjalani hidup di dunia.

Dalam konteks inilah TH dilihat sebagai intitusi penting dan relevan khususnya bagi  umat islam Malaysia. Ia tampil sebagai signifikasi dari hasil kejayaan dalam mengurus pelbagai kemudahan bagi jemaah haji serta pengurusan  dana umat islam secara  cekap dan sistematik, sehingga mendapat pujian dari negara-negara Islam. Pada masa yang sama TH juga muncul sebagai  tabung pengurusan dana Islam paling berjaya dan mampan.




Kini  pada usianya mencapai  50 tahun (2013), TH menjadi institusi ikonik Malaysia. Kejayaan dan pengalaman TH dalam pengurusan haji dan dana umat Islam menjadi sumber insprirasi dan ikutan pelbagai institusi luar negara.