Proses dan Prosedur Perkhidmatan di
Kaunter TH
1. Pengeluaran Tunai di Kaunter
- Jenis pengeluaran yang boleh
dilakukan di kaunter ialah pengeluaran tunai.
- Pengeluaran tunai hendaklah
dilakukan dengan menggunakan borang JP002
- Jumlah pengeluaran maksimum
yang boleh di lakukan ialah sebanyak RM 10,000.00 sahaja dalam satu hari.
2. Pengeluaran Cek
- Pengeluaran Cek boleh di
keluarkan di TH Negeri sahaja.
- Had maksimum bagi
pengeluaran di TH Negeri ialah RM 100,000.00.
- Tiada had amaun jika
pengeluaran dilakukan di Ibu Pejabat.
3. Pindahan Simpanan TH ke TH
- Pindahan simpanan TH boleh dibuat melalui
Pindahan Biasa dan Pindahan Arahan Tetap.
- Pemindahan hendaklah
dilakukan dengan menggunakan Borang JP004
- Tiada had amaun ditetapkan.
- Had kelulusan bagi TH Mini/Daerah ialah
RM50,000.00 manakala TH Negeri pula had kelulusan
ialah RM100,00.00
- Tiada had amaun sekiranya
pindahan dilakukan di ibu pejabat.
- Jika pindahan melebihi had
keseluruhan TH Mini/Daerah sehingga
RM100,00.00 hendaklah diluluskan di TH Negeri.
- Sekiranya melebihi had
keseluruhan di TH Negeri hendaklah diluluskan
di Ibu Pejabat.
- Kelulusan pada hari yang
sama setelah dokumen lengkap di terima.
4. Transaksi Simpanan Melalui Kaunter
Tabung Haji
- Bagi simpanan tunai tiada
had amaun yang ditetapkan dan setiap urusan adalah percuma.
- Simpanan menggunakan cek
pula tiada had amaun yang ditetapkan, tempoh penjelasan adalah lima hari
berkerja (T+4) dan transaksi adalah percuma.
5. Pindahan Telegrafik (TT)
- Pindahan Telegrafik boleh
dilakukan melalui Pindahan Biasa, Pindahan Arahan Tetap dan Bank Deraf
- Pindaan Telegrafik juga
turut menyediakan perkhidmatan Pindahan ke akaun Luar Negara.
- Pindahan Telegrafik
hendaklah dilakukan dengan menggunakan Borang JP004
- Tiada Had amaun yang
ditetapkan
- Had kelulusan bagi TH Mini/ Daerah ialah
RM50,000.00 dan RM100,000.00 bagi TH Negeri manakala tiada had
amaun di HQ.
Nota:-
- Pindahan yang melebihi had
keseluruhan TH Mini/Daerah dan Negeri akan
diluluskan di Ibu Pejabat.
- Kelulusan pada hari yang
sama setelah dokumen lengkap diterima.
- Amaun Pindahan TT:
i.
Rentas ->
RM10,000.00
ii.
IBG -<
RM10,000.00
- Bank Deraf hanya boleh
dibuat di cawangan TH IBU Pejabat sahaja.
- Caj akan dikenakan oleh BIMB
sebanyak RM2.15.
- Pindahan TT ke luar Negara –
TH perlu mendapatkan kadar tukaran asing terlebih dahulu daripada BIMB
Jalan Tun Razak.
- Permohonan TT akan dihantar
ke BIMB 2 kali sehari pada 9.30 pagi dan 11.30 pagi permohonan yang
diterima selepas 11.30 pagi akan dihantar keesokkan harinya.
- Kredit ke Bank Penerima :
i.
Rentas : - 2 jam selepas
tindakan diambil oleh BIMB pada hari yang sama
ii.
IBG : -
Selepas pukul 7:00 petang atau keesokkan harinya setelah tindakkan diambil oleh
BIMB
6. Pendeposit Uzur Koma/Tidak
Kompetan/Tidak Berupaya
- Bagi pendeposit yang Uzur
Koma/Tidak Kompetan/Berupaya boleh membuat pengeluaran.
- Dokumen yang diperlukan
ialah :-
i.
Surat permohonan daripada waris.
ii.
Salinan dokumen pengenalan diri
pendeposit dan waris yang diakui sah.
iii.
surat perakuan Doktor (Hospital
Kerajaan/Hospital Swasta/Klinik Kerajaan).
iv.
Surat Jaminan Gantirugi yang
dimeterai setem
v.
Cap jari pemohan di atas salinan
dokumen pengenalan diri.
vi.
Persetujuan semua waris secara
bertulis Laporan lawatan oleh dua orang anggota TH.
vii.
Gambar pendeposit sekiranya
dibenarkan.
- Permohonan hendaklah
dimajukan ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
- Cara pengeluaran boleh
dibuat melalui simpanan TH ke TH, Telegrafik manakala bagi
yang memilih tutup akaun, Hanya pindahan simpanan sahaja dilakukan.
7. Pendeposit Uzur luar Premis TH
- Sekiranya pendeposit uzur di
luar premis TH peneluaran dapat dilakukan
dengan membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari Ibu Pejabat Tabung
Haji.
- Dokumen yang diperlukan
ialah :-
i.
Surat permohonan daripada waris
ii.
Salinan Dokumen pengenalan diri
pendeposit dan waris yang diakui sah.
iii.
Surat Jaminan Ganti rugi yag
dimeterai setem.
iv.
Cap jari pemohon di atas salinan
dokumen pengenalan diri.
v.
Cap jari pendeposit pada borang
JP004/JP011.
vi.
Laporan lawatan oleh 2 orang anggota
TH.
vii.
Gambar pendeposit sekiranya
dibenarkan.
8. Pengeluaran Pusaka
- Permohonan Pusaka boleh
dibuat diseluruh pejabat cawangan TH dengan mengisi Borang JP005/JP006
- Dokumen asal dan salinan
yang diperlukan :-
i.
Kad pengenalan pemohon
ii.
Sijil kematian pendeposit
iii.
Surat kuasa (jika pendeposit tiada
penama/pemegangamanah)
iv.
Surat beranak (jika penama/pemegang
amanah bawah 18 tahun)
v.
Sijil mati penama/pemegang amanah
yang telah meninggal dunia.
- Penama/ Pemegang amanah yang
telah meninggal dunia.
- Simpanan melebihi RM1,000.00
yang tiada penama/pemegang amanah waris hendaklah mendapatkan surat kuasa
daripada mahkamah Syariah/mahkamah Tinggi/Pejabat Tanah/Amanah Raya
Berhad.
- Simpanan Kurang RM1000.00
yang tiada penama/pemegang Amanah, Waris perlu mengisi borangg JP005 dan
JP006. Sekiranya waris tunggal daripada Penghulu/Ketua Masyarakat
(Sabah/Sarawak sahaja) hendaklah disertakan.
- Penama/pemegang Amanah bawah
18 tahun perlu mewakilkan penjaga untuk tuntutan pusaka.
- Saksi Hendaklah terdiri
daripada salah satu :
i.
Anggota TH
ii.
Lain-lain Ketua Masyarakat
(Saba/Sarawak sahaja)
- Bayaran Pusaka akan di buat
dalam tempoh masa 14 hari waktu berkerja daripada tarikh permohonan.
- Terdapat tiga jenis Borang
Penamaan :
a. Borang Penamaan (Jenis B)
- Semua waris perlu membuat
tuntutan dengan mengisi Borang JP005 dan JP006
b. Borang Pemegang Amanah
- Penama pertama sahaja perlu
membuat tuntutan pusaka dengan mengisi Borang JP005
c. Borang Penamaan (jenis D)
- Penama pertama sahaja perlu
membuat tuntutan pusaka dengan mengisi orang JP005
9. Pengeluaran Wang oleh Pendeposit
berada di Luar Negara
- Untuk pengeluaran pendeposit
yang berada di luar Negara pemohon perlu menyediakan dokumen seperti
berikut :
i.
Surat permohonan yang lengkap.
ii.
Surat Pengesahan daripada
konsulat/Pusat Pengajian/Majikan
iii.
Salinan Pasport antarabangsa yang
telah disahkan oleh konsulat/Pusat Pengajian/Majikan.
iv.
Kesemua dokumen hendaklah diimejkan
dan diemailkan ke Ibu Pejabat.
10. Pengeluaran Wang oleh
Pendeposit Tahanan Penjara
Pendeposit tahanan penjara boleh mengeluarkan wang dengan menyediakan
dokumen seperti berikut :
i.
Surat permohonan daripada waris
(penamaan yang dinamakan).
ii.
Surat pengesahan daripada pegawai
penjara yang diberi kuasa.
iii.
Borang Jaminan Gantirugi yang telah
dimeteri setem (saksi hendaklah anggota TH)
iv.
Salinan Kad pengenalan permohonan
yang disahkan oleh anggota TH
11. Permohonan Pindah
Simpanan/Pindahan Telegrafik Musim Haji
- Bagi pindahan simpanan atau
pindahan Telegrafik Musim Haji pendeposit perlu mengemukakan bukti dan
mengisi Borang JP004.
- Permohonan akan diproses di
ibu pejabat.